awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telur tercemar: MAQIS tidak benarkan diimport semula

Bernama
Bernama
17/03/2021
20:28 MYT
Telur tercemar: MAQIS tidak benarkan diimport semula
Menurut kenyataan, MAQIS akan memastikan pegawai di lapangan untuk memantapkan lagi pemeriksaan, supaya kebarangkalian untuk telur ini diimport semula tidak akan berlaku. - Gambar Fail
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) tidak akan mempertimbangkan permohonan pengimportan semula telur yang telah tercemar dengan bakteria Salmonella Enteriditis (SE), dari Singapura.
MAQIS dalam kenyataan pada Rabu menyatakan, pihaknya mengambil maklum berkenaan kenyataan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada Ahad lepas, berkaitan pengesanan kehadiran bakteria SE pada konsainan telur eksport dari Malaysia.
"MAQIS akan memastikan pegawai di lapangan untuk memantapkan lagi pemeriksaan, supaya kebarangkalian untuk telur ini diimport semula tidak akan berlaku.
"Kerjasama strategik dan operasi bersepadu MAQIS akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan, bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian dapat diperkukuhkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan, MAQIS sentiasa merujuk DVS bagi apa-apa keputusan berkenaan isu yang berbangkit, berkenaan pengimportan dan pengeksportan komoditi haiwan dan hasilan haiwan terutamanya telur.
"Pihak MAQIS sangat komited dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya, yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#maqis
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#telur eksport
#Salmonella Enteriditis
#SE
#pengimportan semula
#DVS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan