GADGETS
Tema konsol klasik PlayStation kini boleh digunakan di PS5 secara kekal

Sony kini membenarkan tema klasik dari PlayStation 1 hingga PlayStation 4 diaktifkan secara kekal pada PlayStation 5. -Amanz
SEMPENA ulang tahun ke-30 Disember lalu, Sony memberikan tema klasik konsol PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 diberikan pada PlayStation 5.
Ringkasan AI
- Sony kini membenarkan tema klasik dari PlayStation 1 hingga PlayStation 4 diaktifkan secara kekal pada PlayStation 5.
- Kemas kini terbaharu juga mengubah animasi but naik PS5 kepada animasi but PlayStation asal.
- Ciri baharu "audio focus" membolehkan pengguna memperibadikan tetapan audio menggunakan fon kepala.
Keputusan memberikan ciri ini secara kekal diambil selepas ia menerima reaksi luar biasa daripada pemilik dan ramai meminta ia dikembalikan semula.
Selain tema serta audio daripada PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4, animasi serta but naik PS5 juga diubah kepada animasi but PlayStation asal yang cukup ikonik.
Untuk mengubah tema, anda harus pergi ke tetapan Appearance di dalam konsol.
Selain tema konsol, kemas kini turut memberikan ciri baharu “audio focus”.
Menerusi ciri ini, tetapan audio menggunakan fon kepala boleh diperibadikan dengan tumpuan kepada suara, mengubah keseimbangan saluran audio dan tahap kekuatan fokus audio yang ingin digunakan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami