awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teman wanita dakwa dipukul pelakon tarik balik laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2024
07:30 MYT
Teman wanita dakwa dipukul pelakon tarik balik laporan polis
Kertas siasatan berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang mengesahkan perkata itu berkata, mangsa telah menarik aduan berhubung kejadian itu pada minggu lepas.
Menurutnya, bagaimanapun kertas siasatan berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan.
"Mangsa ada membuat laporan menarik balik aduan pada minggu lalu.
"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada DPP pada minggu lalu. Kita sedang menunggu arahan lanjut," katanya.
Menjelaskan sama ada kes berkenaan akan ditutup atau diselesaikan secara baik berikutan mangsa telah menarik balik aduan, Shahrulnizam berkata, perkara itu bergantung kepada arahan DPP yang akan diumumkan nanti.
Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara di sini.
Kejadian jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.
Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
Secara tiba-tiba, teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu.
Pada 10 Julai lalu, suspek yang berusia 37 tahun tampil kepada pihak polis bersama bapanya untuk proses rakam keterangan, namun tidak ditahan.
Polis dilaporkan turut merakam keterangan mangsa serta kakaknya untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, membawa hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#pukul teman wanita
#siasatan polis
#tarik balik laporan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan