MALAYSIA
Teman wanita kepada bapa kanak-kanak lemas dibebaskan
Dua beradik lelaki dan perempuan lemas apabila terperangkap di dalam kereta yang menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, 4 September lalu. - Gambar fail
SEREMBAN: Teman wanita kepada bapa kanak-kanak yang lemas dalam tragedi di muara Sungai Linggi, Tanjung Agas Port Dickson telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata wanita berusia 41 tahun itu dilepaskan namun akan dipanggil semula sebagai saksi.
"Teman wanita kepada suspek (bapa dua kanak-kanak) ini telah dibenarkan diberi bon ikat jamin. Dia dibebaskan dengan bon. Kita akan jadikan dia sebagai saksi semasa pendakwaan nanti," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban hari ini.
Sementara itu, media hari ini melaporkan bapa kepada kanak-kanak terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi pertuduhan menyebabkan kematian terhadap dua anaknya pada 4 Sept lepas.
Media sebelum ini melaporkan tertuduh berusia 46 tahun dan wanita itu direman berhubung kematian dua kanak-kanak yang berumur enam dan lapan tahun.
Dalam kejadian itu, dua beradik lelaki dan perempuan lemas apabila terperangkap di dalam kereta yang menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, bagaimanapun bapa mereka terselamat kerana berada di luar kereta manakala seorang wanita yang turut berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan orang awam.
Selain itu, Alzafny berkata pihaknya menahan seorang warga tempatan dan 23 warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun terdiri daripada sembilan lelaki Bangladesh, Myanmar (11), India (dua) dan seorang warga Vietnam menerusi Op Bersepadu Hazard e-sisa di kawasan perusahaan Senawang pada 10 Sept lepas.
Beliau berkata sebanyak 396 unit bahan buangan terjadual SW104 iaitu aluminum dross dirampas dan dua lori disita dengan anggaran sitaan bernilai RM713,000.
"Premis ini beroperasi sejak tahun 2018 dengan membuat perniagaan kitar semula, menjadikan kawasan kilangnya sebagai transit (barangan e-sisa) sejak tujuh bulan lepas sebelum dihantar ke Selangor," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Beliau berkata turut dirampas 530 peket rokok pelbagai jenama, tin minuman keras (365) dan botol arak tempatan serta pelbagai jenama (163) dengan nilai rampasan RM12,268 yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967.
Dalam pada itu, Alzafny berkata sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengangkutan ditahan di Seremban bagi membantu siasatan melibatkan kegiatan penipuan mengunakan kad Touch N Go.
Kad itu menurutnya dipercayai digodam dengan tambah nilai tidak sah sejak setahun lepas membabitkan kerugian lebih RM59,920.
Beliau berkata kedua-dua mereka berusia 43 dan 33 tahun itu membeli kad berkenaan daripada seorang lelaki tempatan yang masih bebas.
"Hasil siasatan mendapati mereka membeli kad Touch N Go yang digodam dengan tambah nilai tidak sah bagi kegunaan syarikatnya demi mengaut keuntungan dengan cara tidak membayar kos tol sepanjang perjalanan lori-lori yang digunakan syarikat tersebut.
"Pemilik akan membeli kad dengan harga sekeping antara RM150 hingga RM200 dengan nilai tambah dalam kad itu adalah dua kali ganda daripada harga dibeli daripada dalang tersebut yang masih lagi dikesan pihak polis," katanya.
Beliau berkata antara barangan lain dirampas wang tunai RM400,000, 304 keping kad Touch N Go, tiga telefon bimbit dan satu set perakam kamera litar tertutup.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok.
-- BERNAMA