awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan rambang Auckland: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra

Bernama
Bernama
20/07/2023
04:37 MYT
Tembakan rambang Auckland: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
Insiden berkenaan berlaku di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Lower Queen Street dan seorang pegawai polis antara yang cedera. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi pihak suruhanjaya di talian +64-4-3852439 dan +64-210440188 (untuk kecemasan) atau melalui email [email protected].
"Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata Wisma Putra.
[TERKINI] Dua maut, enam cedera termasuk anggota polis kejadian tembakan di Auckland
Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain. Penembak rambang itu dilaporkan mati di tempat kejadian. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#Auckland
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan