MALAYSIA
Tembok penahan cerun runtuh, penduduk akur arahan berpindah
Keadaan tanah runtuh yang telah ditutup dengan plastik kanvas ketika tinjauan berhampiran pangsapuri di Taman United, Seputeh. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penghuni 52 unit pangsapuri lama di Taman United, Seputeh yang terjejas akibat tembok penahan cerun runtuh telah mengosongkan kediaman mengikut arahan pihak berkuasa.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata tiga keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Sri Petaling manakala penghuni 27 unit lagi memilih ke rumah ahli keluarga atau hotel.
"Baki unit pangsapuri lain belum dapat dikesan dan polis percaya ia dihuni warga asing," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Hoo berkata anggota polis ditempatkan di kawasan terlibat untuk meronda dan menjaga keselamatan rumah yang dikosongkan.
Pada Isnin lepas, lebih 100 penduduk di pangsapuri kos rendah di Taman United diarahkan berpindah ekoran kejadian cerun runtuh sepanjang 60 meter yang turut menimpa dua kereta dan beberapa motosikal, dipercayai berlaku pada 11.02 pagi.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kerja pembersihan dan menstabilkan cerun sedang giat dilakukan kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak pagi.
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Selangor dan Kuala Lumpur semalam, memaklumkan kejadian dipercayai berlaku akibat hakisan dan saluran air tersumbat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penghuni 52 unit pangsapuri lama di Taman United, Seputeh mengosongkan kediaman selepas tembok penahan cerun runtuh, tiga keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Komuniti Sri Petaling dan yang lain memilih ke rumah ahli keluarga atau hotel.
- Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook menyatakan bahawa penghuni yang masih belum dikesan dipercayai warga asing, dengan anggota polis ditempatkan untuk menjaga keselamatan rumah yang dikosongkan.
- Cerun runtuh di Taman United menyebabkan lebih 100 penduduk berpindah, kejadian disebabkan hakisan dan saluran air tersumbat, tindakan pembersihan dan menstabilkan cerun sedang giat dilakukan oleh DBKL dengan bantuan JMG Selangor dan Kuala Lumpur.