awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEMCO di Amanjaya ditamatkan hari ini

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/09/2020
06:53 MYT
TEMCO di Amanjaya ditamatkan hari ini
Astro AWANI sebelum ini melaporkan TEMCO dilaksanakan di Aman Jaya Kedah yang melibatkan tiga zon selepas kes positif COVID-19 di kawasan itu terus meningkat. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA:Selepas sebulan Zon Melor, Amanjaya di Kedah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO), akhirnya penguatkuasaan itu akan ditamatkan pada hari ini, 27 September 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas tiada pertambahan kes baru positif COVID-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September lepas.
Sebelum ini, PKPD secara pentadbiran di kawasan itu dilanjutkan bermula 14 September 2020 selepas mula dilaksanakan pada 28 Ogos lepas.
“Sebanyak 4,931 sampel telah diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif COVID-19 kekal 13 kes seperti yang direkodkan pada 13 September 2020 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan TEMCO dilaksanakan di Amanjaya, Kedah yang melibatkan tiga zon selepas kes positif COVID-19 di kawasan terbabit terus meningkat.
Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan itu akan bermula 28 Ogos sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tiga zon di Amanjaya adalah di Kenanga, Mawar, dan Melur yang melibatkan seramai 22,360 isi rumah akan disaring oleh KKM.
“Penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada zon manakala orang luar juga tidak dibenarkan memasuki zon terlibat,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PKPD
#TEMCO
#amanjaya
#Kedah
#ismail sabri yaakob
#Astro Awani
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#menteri
#rumah
#perintah kawalan pergerakan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan