awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempahan promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia bermula 9-17 April

Bernama
Bernama
08/04/2022
13:53 MYT
Tempahan promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia bermula 9-17 April
Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia melancarkan promosi Tempat Duduk Percuma, yang menawarkan tempat duduk percuma bagi kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi airasia Super App.
Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023.
Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Siem Reap, kata syaraikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, tambang termasuk semua untuk promosi itu ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.
"Tekan pada ikon 'Flights' di airasia Super App untuk merancang percutian anda. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Komersial Mai Yin Tan berkata berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April, serta sempadan negara jiran di rantau ASEAN, terdapat peningkatan mendadak dalam permintaan penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform AirAsia.
"Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#tempat duduk percuma
#cara tempah
#penerbangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan