DREBAR

Tempahan untuk Lexus NX diterima

Astro Publication 17/10/2014 | 09:36 MYT

UMW Toyota Motor membuat kejutan kecil apabila mengumumkan bahawa Lexus NX sudah dibuka untuk tempahan di Malaysia – dengan lima varian berbeza iaitu NX 200t, NX 200t Premiun, NX 200t Luxury, NX 200t F Sport dan NX 300h. Harga-harganya seperti di bawah:

Model NX 200t NX 200t Premium NX 200t Luxury NX 200t F Sport NX 300h
Semenanjung
OTR tanpa insurans 300,000 330,000 350,000 370,000 390,000
Sabah
OTR tanpa insurans 303,254 333,254 353,254 373,254 393,076
Sarawak
OTR tanpa insurans 303,304 333,304 353,304 373,304 393,126
(OTR: Harga atas jalan), (Semua harga dalam RM)


Berita ini diumumkan sewaktu IGEM 2014 ataupun International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia ke-5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. DI sini jugalah Lexus telah membawa Lexus NX 300h sebagai sebuah pameran khas.

Secara ringkasnya, Lexus NX adalah crossover kompak mewah yang dipacukan oleh teknologi Lexus Hybrid Drive. Ia termasuk sebuah enjin petrol 2.0L dengan sistem turbo yang direka khas oleh Lexus untuk memberikan penjimatan bahan api dan prestasi yang menyakinkan.

Selain daripada sebuah NX 300h, kehadiran UMW Toyota di IGEM 2014 juga disertai dengan sebuah unit kereta FT-Bh. Kereta konsep ini adalah apa yang Toyota percaya merupakan masa hadapan bagi jentera cekap bahan api.

Keupayannya datang daripada berat hanya 786kg, rintangan udara dan jalan raya yang kurang, sebuah enjin dan kotak gear yang cekap, pengurusan haba yang berkesan dan juga penggunaan tenaga yang separuh daripada apa yang diperlukan oleh hatchback segmen B sepertinya.

Jika ada yang hendak melawat pameran Lexus dan Toyota di IGEM 2014 boleh datang pada 19 Oktober 2014 diantara jam 10.30 pagi hingga ke 5.00 petang, di Dewan 4 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
# Lexus # NX # Toyota #UMW