GEORGE TOWN: Bangunan tempat letak kereta setinggi tujuh tingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) mula dibuka kepada orang ramai hari ini selepas ia memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata tempat letak kereta bertingkat yang baharu itu dijangka dapat menangani isu kesesakan tempat letak kereta di PIA.
"Kami menerima banyak aduan mengenai kesesakan ini. Oleh itu kami merasa amat gembira kerana kini situasi itu dapat ditangani," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iskandar Mizal berkata terdapat 1,742 petak letak kereta termasuk 22 petak khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU), di samping 660 petak untuk motosikal.
"Kemudahan ini dilengkapi dengan pengecaman nombor plat automatik dan kiosk aplikasi mencari kereta supaya pengguna dapat mengesan kenderaan mereka dengan mudah," katanya.
Iskandar Mizal berkata pembangunan kemudahan ini juga selaras dengan rancangan pembesaran lapangan terbang masa depan - dengan fasa pertama dijangka dimulakan dalam masa terdekat dan kapasitinya akan ditingkatkan kepada 12 juta penumpang setahun (MPPA) daripada 6.5 MPPA pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Tempat letak kereta bertingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mula beroperasi hari ini setelah menerima Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). -Bernama

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.

Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM
Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada Datuk Seri Anwar pada pertemuan mereka di New York.

MAHB rekod lebih 11 juta jumlah pergerakan penumpang pada Julai 2023
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan lebih daripada 11 juta jumlah pergerakan penumpang untuk Julai 2023.

Pemulihan trafik penumpang udara Malaysia dijangka berterusan pada separuh kedua 2023 - Penganalisis
Pemulihan trafik penumpang udara Malaysia dijangka meningkat pada 2H 2023 untuk mencapai 85 peratus daripada tahap sebelum pandemik.

MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023
Prestasi itu berkembang baik kepada paras sebelum pandemik, didorong pemulihan trafik yang kukuh daripada operasi di Malaysia dan Turkiye.

Aliran pergerakan penumpang MAHB kekal lebih sembilan juta pada April 2023
MAHB berkata, aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Gangguan bekalan air: Penerbangan diminta isi air sebelum ke Kota Kinabalu
Semua penerbangan diminta untuk mengisi air pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.

MAHB lakukan transformasi untuk tingkatkan trafik udara
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memulakan proses transformasi yang melibatkan penyampaian perkhidmatan dan infrastruktur untuk rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara.