awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut, dua lagi parah kemalangan di Lebuhraya Persekutuan
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh kelulusan pinjaman agensi KUSKOP dipendekkan

Bernama
Bernama
21/01/2026
11:00 MYT
Tempoh kelulusan pinjaman agensi KUSKOP dipendekkan
Mohamad berkata selain bagi mengurangkan karenah birokrasi, langkah itu penting untuk memastikan usahawan segera mendapatkan modal untuk meneruskan atau memulakan perniagaan. - Gambar fail
KINABATANGAN: Tempoh kelulusan permohonan pinjaman agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan dipendekkan kepada lima hari bekerja, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata selain bagi mengurangkan karenah birokrasi, langkah itu penting untuk memastikan usahawan segera mendapatkan modal untuk meneruskan atau memulakan perniagaan.
Mohamad berkata antara agensi yang menawarkan pinjaman ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
"Kita dengar banyak aduan daripada usahawan yang pinjaman mereka lambat diluluskan. Kita mendengar rintihan ini, jadi kita (kementerian) bersetuju supaya dalam masa lima hari bekerja permohonan pinjaman mesti diluluskan tetapi dengan syarat dokumen semuanya mestilah lengkap.
"Kita wujudkan juga perkongsian data di peringkat KUSKOP supaya usahawan-usahawan ini tidak terbeban dengan pelbagai borang apabila membuat permohonan. Ini agar setiap kali mereka buat permohonan sudah ada data jadi tidak perlu berikan lagi dokumen atau data baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) di Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan di sini hari ini.
Pada program itu, Mohamad turut menyampaikan cek cura kepada beberapa usahawan serta koperasi sebagai komitmen berterusan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan koperasi dan keusahawanan di negara ini.
Beliau berkata program JMKU juga akan diperluaskan ke semua daerah di Sabah pada tahun ini bagi meningkatkan jualan dan pendapatan golongan usahawan.
Mengenai penyaluran dana pembiayaan berjumlah RM11 juta kepada Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh (KOPEL) di sini, beliau berkata ia adalah untuk membolehkan koperasi berkenaan memperoleh aset dan memperbesarkan operasi perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuskop
#pinjaman KUSKOP
#tempoh kelulusan
#Mohamad Alamin
#pinjaman tekun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan