awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh kuarantin pengembara luar negara dilanjutkan serta-merta - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
11:58 MYT
Tempoh kuarantin pengembara luar negara dilanjutkan serta-merta - Ismail Sabri
Tempoh kuarantin bagi pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan pula dilanjutkan kepada 21 hari. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tempoh kuarantin wajib bagi semua pengembara dari luar negara dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan pula dilanjutkan kepada 21 hari.
"Namun begitu, tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama tujuh hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin 21 hari) sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang telah dijalankan pada hari ke-14.
"Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, semua pengembara perlu menjalani ujian pengesanan RT- PCR COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dan hanya keputusan ujian negatif boleh menaiki penerbangan untuk masuk ke Malaysia.
Malah, semua pengembara perlu menjalani ujian pengesanan RT- PCR COVID-19 semasa tiba di Pintu Masuk Antarabangsa.
"Ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke- 10. Sekiranya dilanjutkan tempoh kuarantin sehingga 21 hari, ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dibuat pada hari ke- 18," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#penerbangan
#pengembara luar negara
#warganegara Malaysia
#warga asing masuk Malaysia
#tempoh kuarantin luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan