NATIONAL
Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang mempertimbangkan lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang dijangka bersara pada 30 Jun 2025 setelah mencapai umur persaraan wajib 66 tahun.
- Selain Tengku Maimun, dua lagi hakim kanan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Tan Sri Nallini Pathmanathanmasih belum menerima lanjutan perkhidmatan, walaupun lazimnya diberikan kepada pendahulu mereka.
- Di bawah Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, hakim Mahkamah Persekutuan boleh menerima lanjutan perkhidmatan selama enam bulan, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada Khamis, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia (Hakam) memaklumkan, tiga hakim kanan masih belum menerima lanjutan perkhidmatan seperti yang lazim diberikan kepada pendahulu mereka.
Selain Tengku Maimun, turut belum menerima lanjutan adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan.
Abang Iskandar dijangka bersara pada 1 Julai manakala Nallini pula akan bersara pada 21 Ogos selepas masing-masing mencapai umur persaraan wajib.
Mengikut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, hakim Mahkamah Persekutuan boleh diberi lanjutan perkhidmatan selama enam bulan selepas mencecah umur 66 tahun, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami