awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun

Bernama
Bernama
17/02/2025
07:00 MYT
Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Asyraf Wajdi (kanan) menerima watikah lantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri}. -Facebook
KUALA LUMPUR: Tempoh lantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ringkasan AI
  • Tempoh lantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.
  • Asyraf Wajdi menerima watikah lantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan kepentingan MARA bagi orang Melayu dan bumiputera.
  • Asyraf Wajdi berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur dan amanah, memohon doa agar dipermudahkan dalam melaksanakan amanah bangsa dan agama.

Asyraf Wajdi dalam hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan, beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.
Beliau berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu.
"Insya-Allah, tanggungjawab yang digalas ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak.
"Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini," katanya.
Asyraf Wajdi, yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Ahmad Zahid Hamidi
#MARA
#watikah lantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan