Langkah meletakkan tempoh dua tahun lantikan jawatan Menteri Besar Pahang dan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini adalah sebagai motivasi untuk memastikan pihak yang dilantik bekerja dengan lebih baik.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam tempoh berkenaan, baginda akan meneliti prestasi mereka sebelum mengkaji semula tahap perkhidmatan yang telah diberikan untuk rakyat Pahang dan pembangunan negeri ini.
"Antaranya saya tidak mahu mereka berada dalam dalam keadaan selesa, lena dan leka, saya nak mereka bekerja keras... kalau tidak berpuas hati, kita akan semak semula.
"Harapan memanglah supaya mereka dapat laksanakan tugas dengan terbaik dan paling utama kita dapat satukan kembali semua rakyat dan selesai masalah yang dihadapi sebelum ini selain cuba menambah baik apa yang telah dirancang oleh menteri besar terdahulu," titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas perasmian Masjid Al Huda, Kampung Raja dan majlis berbuka puasa bersama penduduk Cameron Highlands di sini petang semalam.
Turut hadir Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhamad Safian Ismail.
Pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah yang diadakan pada Selasa lalu, Wan Rosdy dilantik menjadi Menteri Besar Pahang selama dua tahun bersama-sama lapan orang Exco.
Dalam masa yang sama, baginda turut berharap gandingan muka lama dan baharu dalam barisan Exco Pahang mampu bekerja sebagai satu pasukan dan membentuk gandingan yang mantap untuk memajukan negeri ini.
"Lantikan ini bukan sesuatu yang istimewa, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah Allah," tegas baginda.
Dalam masa yang sama, mengulas tentang cadangan kerajaan negeri untuk menambah dua lagi Exco baharu, Tengku Abdullah bertitah baginda tidak mempunyai halangan dan menyerahkan kepada Wan Rosdy untuk mengemukakan cadangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Tengku Abdullah berkenan beramah mesra dengan hadirin pada majlis perasmian Masjid Kampung Raja dan berbuka puasa serta pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, 23 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.