awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh operasi Perpustakaan Negara dilanjutkan hingga 7 malam bermula 2 Jan

Bernama
Bernama
27/12/2024
22:30 MYT
Tempoh operasi Perpustakaan Negara dilanjutkan hingga 7 malam bermula 2 Jan
Anjung Bestari PNM bakal beroperasi semula mulai 2 Jan, dari 10 pagi hingga 7 malam, setiap Selasa hingga Ahad. - Foto Facebook Perpustakaan Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melanjutkan tempoh operasi dari 10 pagi hingga 7 malam bermula 2 Jan tahun depan, berbanding hingga 5 petang ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli dalam kenyataan semalam memaklumkan waktu operasi baharu itu turut melibatkan Perpustakaan Komuniti PNM di Perpustakaan Awam Bukit Damansara, Buku2U@Radia Bukit Jelutong serta pusat beli-belah AEON Mahkota Cheras dan AEON AU2 Setiawangsa.
Beliau berkata Anjung Bestari PNM juga bakal beroperasi semula pada masa sama setiap Selasa hingga Ahad.
"Bersempena dengan pembukaan semula Anjung Bestari PNM, 100 pengunjung terawal akan menerima cenderamata eksklusif daripada PNM.
"PNM mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perpustakaan Negara Malaysia
#tempoh operasi
#PNM
#Edy Irwan Zulkafli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan