awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh pengajaran modul PEERS ditambah mulai kurikulum 2027 - Fadhlina

Bernama
Bernama
29/04/2025
12:15 MYT
Tempoh pengajaran modul PEERS ditambah mulai kurikulum 2027 - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu sebahagian daripada usaha advokasi berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi program Generasi MADANI dan pelbagai kempen kesedaran yang telah digerakkan di peringkat sekolah. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Tempoh pengajaran modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah bermula Kurikulum Persekolahan 2027 sebagai komitmen memperkasakan pelajar dengan ilmu berkaitan.
PEERS diajar menerusi kurikulum Pendidikan Kesihatan bermula peringkat prasekolah hingga sekolah menengah dan murid dilengkapi dengan maklumat serta kemahiran khususnya kecekapan psikososial untuk membuat keputusan termaklum (informed decisions) dalam kehidupan harian.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu sebahagian daripada usaha advokasi berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi program Generasi MADANI dan pelbagai kempen kesedaran yang telah digerakkan di peringkat sekolah.
"...memang pendekatan kita, insya-Allah pada 2027 iaitu kurikulum baharu, kita akan menambah masa untuk PEERS ini.
"Jadi akan ada tanggungjawab dan komitmen besar dari peringkat KPM untuk menambah masa (PEERS) dan untuk memberikan pendidikan pada anak-anak tentang isu ini," katanya selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan berita sebuah portal berita pada 26 April lepas yang menyatakan kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka dijangkiti menerusi aktiviti seksual.
Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) Dr Zaiton Yahaya dilaporkan berkata kebanyakan mereka berusia 20 hingga 29 tahun iaitu antara 44 peratus golongan yang dikesan dijangkiti HIV.
Bagi pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun pula, empat peratus daripada mereka disahkan mendapat HIV dengan kebanyakannya akibat kegiatan seksual.
Dalam pada itu, mengenai kegagalan ramai calon bagi subjek Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Fadhlina memaklumkan KPM akan melaksanakan intervensi bagi subjek yang mengalami penurunan termasuk Matematik.
"Sebagai contoh tahun lalu (SPM 2023) apabila Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan penurunan, kita terus buat intervensi segera dan tahun ini keputusan itu menunjukkan intervensi itu berjaya khususnya untuk kedua-dua subjek itu," katanya.
Dilaporkan seramai 84,025 calon SPM 2024 gagal subjek Matematik dan berdasarkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024, jumlah itu merangkumi 22.4 peratus daripada 375,115 calon yang menduduki mata pelajaran berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#modul PEERS
#Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
#kurikulum 2027
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan