awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh pengecualian tol Tambak Johor, Tanjung Kupang tamat esok - PLUS

Bernama
Bernama
06/04/2022
15:40 MYT
Tempoh pengecualian tol Tambak Johor, Tanjung Kupang tamat esok - PLUS
Operasi kutipan tol akan dilaksanakan seperti biasa mulai Jumaat ini (8 April). - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengecualian bayaran tol selama tujuh hari di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua) di Johor sempena pembukaan semula laluan darat Malaysia-Singapura bermula Jumaat lepas akan tamat esok.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi kutipan tol akan dilaksanakan seperti biasa mulai Jumaat ini (8 April) dan pengguna dinasihatkan supaya memastikan kad Touch 'n Go serta e-Wallet Touch 'n Go mereka aktif dan mempunyai baki mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar.
"Pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID (tag Identifikasi Frekuensi Radio) untuk sistem VEP (Permit Masuk Kenderaan) turut boleh mula menggunakan sistem tersebut di lorong RFID di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang," menurut kenyataan itu.
Pada 30 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran tol selama tujuh hari melibatkan semua jenis kenderaan di sempadan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula laluan darat kedua-dua negara bermula 1 April.
Pengecualian itu membabitkan plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua).
Menurut kenyataan itu, bagi pemandu Singapura yang bercadang untuk menambah nilai kad Touch 'n Go di Johor, mereka boleh berbuat demikian di lapan pusat tambah nilai di lebuh raya Linkedua selain pusat tambah nilai di lokasi-lokasi sekitar Tambak Johor.
"Secara amnya, stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam turut menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go. Sebagai tambahan, urusan tambah nilai turut boleh dilakukan di kiosk layan diri di plaza tol dan kawasan rehat yang terpilih.
"Pelanggan lebuh raya juga boleh merancang perjalanan mereka apabila memuat turun aplikasi PLUS yang boleh menghubungkan pelanggan terus ke talian PLUSLine 1800 88 0000 sekiranya berlaku kecemasan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan terdapat lebih 120 anggota PLUSRonda ditempatkan di jajaran lebuh raya di Johor bagi memberi bantuan kepada pengguna yang memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tambak Johor
#Malaysia-Singapura
#pengecualian tol
#tamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan