awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina

Bernama
Bernama
29/07/2024
13:53 MYT
Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina
Azalina berkata peruntukan (undang-undang) berkenaan perlu dibahaskan memandangkan pindaan itu merupakan perkara yang memerlukan perbahasan mendalam dan keputusan jemaah menteri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suatu sidang khas Parlimen perlu diadakan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun, sekiranya cadangan itu mahu dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata peruntukan (undang-undang) berkenaan perlu dibahaskan memandangkan pindaan itu merupakan perkara yang memerlukan perbahasan mendalam dan keputusan jemaah menteri.
"Dalam senario semasa jika cadangan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri maksimum 10 tahun dilaksanakan, maka adalah dicadangkan kajian terperinci termasuk kajian impak selanjutnya perlu mengambil kira pandangan dan hasil sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan orang awam.
"Ini memandangkan ia mempunyai implikasi pindaan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan keputusan dasar yang tuntas," katanya dalam jawapan lisan di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.
Azalina berkata Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang memperhalusi dan melakukan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung cadangan itu.
Hal itu katanya termasuk pengehadan tempoh perkhidmatan Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlebihan dan menjamin ketelusan pentadbiran negara.
"Setakat ini sebanyak sembilan sesi libat urus telah dilaksanakan dan seterusnya, satu kajian dan kertas dasar telah disediakan oleh BHEUU berkaitan perkara ini yang juga merangkumi perbandingan negara-negara lain.
"Dapatan analisis sebelum ini, perkara mengenai persoalan dasar adalah begitu rumit mengenai tempoh 10 tahun yang saling berkait dengan pengiraan tempoh spesifik pemegangan jawatan Perdana Menteri. Kemungkinan kaedah penetapan dua penggal didapati lebih bersesuaian mengambil kira landskap politik di Malaysia," katanya.
Azalina juga memaklumkan selaras dengan perkara tersebut, kerajaan pada 11 Mac 2022 telah mempertimbangkan memorandum daripada Perdana Menteri mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berkaitan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun, namun telah menangguhkan keputusan terhadap memorandum tersebut memandangkan penelitian lebih menyeluruh perlu dilaksanakan terutamanya melibatkan perkara dasar.
Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Perpaduan sentiasa mengalu-alukan penambahbaikan dalam melaksanakan agenda reformasi yang berterusan serta memantapkan tatakelola kerajaan, khususnya untuk memperkasakan institusi Parlimen dan kepimpinan politik negara demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#Peguam Negara
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan