MALAYSIA
Tempoh reman Namewee disambung hingga Khamis - Polis
Namewee disambung tiga hari reman untuk siasatan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan. -Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tempoh reman penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, disambung tiga hari hingga Khamis ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata perintah lanjutan reman itu bermula esok setelah tempoh reman dari 5 Nov lepas berakhir hari ini.
"Permohonan melanjutkan tempoh reman Namewee dibenarkan hingga 13 Nov," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pemuzik terbabit yang merupakan individu terakhir bersama dengan pempengaruh Taiwan berkenaan, iaitu Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam membantu siasatan dan telah menyerah diri pada Rabu lepas.
Wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Namewee disambung tiga hari reman untuk siasatan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan.
- Kes kematian wanita Taiwan di hotel Kuala Lumpur kini disiasat semula sebagai kes bunuh.
- Namewee turut ditahan kerana dadah dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata perintah lanjutan reman itu bermula esok setelah tempoh reman dari 5 Nov lepas berakhir hari ini.
"Permohonan melanjutkan tempoh reman Namewee dibenarkan hingga 13 Nov," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pemuzik terbabit yang merupakan individu terakhir bersama dengan pempengaruh Taiwan berkenaan, iaitu Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam membantu siasatan dan telah menyerah diri pada Rabu lepas.
Wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama Namewee diletakkan dalam tempoh reman?
A: Namewee diletakkan dalam tempoh reman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan. - Q: Mengapakah tempoh reman Namewee dilanjutkan sehingga Khamis?
A: Tempoh reman Namewee dilanjutkan hingga Khamis atas permohonan polis Kuala Lumpur untuk memberi ruang siasatan lanjutan. - Q: Apakah status siasatan kematian pempengaruh wanita warga Taiwan?
A: Siasatan kematian pempengaruh wanita warga Taiwan kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap Namewee berhubung kes dadah?
A: Namewee turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt. - Q: Adakah polis menunggu laporan-laporan tertentu sebelum mengenal pasti punca kematiannya?
A: Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.