NATIONAL

Temu bual eksklusif PM Anwar sempena lawatan negara Presiden China malam ini

Astro Awani 16/04/2025 | 06:00 MYT
Penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz (tengah) dan wartawan CMG, Zhang Hong (kiri) dalam temu bual eksklusif bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi Presiden China dalam Agenda AWANI Asia, jam 8.30 malam ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Astro AWANI dan Kumpulan Media China (CMG) berkolaborasi dalam temu bual eksklusif program Agenda AWANI Asia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Dalam meraikan keakraban dan hubungan erat China-Malaysia, Anwar turut menyentuh ketegasan dalam memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam perang ekonomi yang kian memanas antara AS-China.

Ikuti temu bual eksklusif bersama penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz dan wartawan Kumpulan Media China (CMG), Zhang Hong atau lebih dikenali sebagai Satria dalam program Agenda AWANI Asia, jam 8.30 malam ini di saluran Astro AWANI 501 dan www.astroawani.com.

Astro AWANI dan Kumpulan Media China (CMG) telah bekerjasama sejak 4 tahun lalu melalui program Agenda AWANI Asia.

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lepas.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.









#Anwar Ibrahim #Xi Jinping #lawatan rasmi #CMG #Astro Awani