awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Temui ajal di kebun getah

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/09/2019
03:05 MYT
Temui ajal di kebun getah
Mayat mangsa ditemui ahli keluarga dan penduduk kampung kira-kira jam 11.30 pagi Khamis. - Foto PDRM
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam kebun getah miliknya di Kampung Banggol Lepah, Ketereh, dekat sini.
Mangsa, Md Zaki Md Zain, 56 tahun, sebelum itu dilaporkan tidak pulang ke rumah seharian selepas keluar ke kebunnya jam 8 pagi, Rabu lalu.
Mayat mangsa ditemui ahli keluarga dan penduduk kampung kira-kira jam 11.30 pagi Khamis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.
Ketua Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supt Mohd Azmir Damiri berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mendapat serangan jantung secara mengejut.
"Tiada unsur jenayah didapati pada tubuh mangsa selain mangsa turut mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu asma (lelah), kencing manis dan darah tinggi," katanya ketika dihubungi.
Katanya, ahli keluarga mangsa juga memaklumkan, mangsa sering mendapatkan rawatan di klinik.
Tambah beliau, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah sudah diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan di kampung arwah.
Tiada unsur jenayah didapati pada tubuh mangsa. Foto PDRM
Tiada unsur jenayah didapati pada tubuh mangsa. Foto PDRM
Topic Berkaitan
#Kampung Banggol Lepah
#kebun getah
#mati mengejut
#mayat
#meninggal dunia
#Mohd Azmir Damiri
#polis
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan