[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi

Fareez Azman 01/08/2019 | 03:24 MYT
Yi Yi dilahirkan pada 14 Januari 2018 dengan berat 150 gram, kini beratnya mencapai 50 kilogram. - Astro AWANI/FAREEZ AZMAN
Kerajaan menamakan anak kedua panda gergasi dari pasangan Xing Xing dan Liang Liang sebagai 'Yi Yi' yang bermaksud persahabatan.
Pengumuman itu dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara di ibu negara sebentar tadi.
Yi Yi dilahirkan pada 14 Januari 2018 dengan berat 150 gram sebelum dipamerkan kepada umum pada 26 Mei 2018.
Anak panda gergasi yang berusia 17 bulan itu kini mencapai berat 50 kilogram.
BACA: Selepas Nuan-Nuan, apa nama anak kedua panda gergasi?
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#A Xavier Jayakumar #anak #Liang Liang #Panda #panda gergasi #Xing Xing #Yi Yi #Zoo Negara