KUALA LUMPUR: Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.

Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit berkata, dua pasaran utama yang berpotensi sebagai pengeluar utama bagi menyokong peralihan tenaga ini ialah Malaysia dan India.

“Kita lihat ada masa depan yang menjanjikan dalam sektor tenaga hidrogen untuk menjadi sebahagian daripada usaha nyahkarbon planet.

“Kami sebagai sebuah syarikat sangat berminat dengan dua pasaran iaitu Malaysia dan India. Kami telah beri fokus untuk bangunkan beberapa projek.

“Di India kita telah posisikan kedudukan yang akan membolehkan kami menghasilkan 500 juta tan ammonia hijau untuk dieksport ke negara yang menggunakan hidrogen atau ammonia sebagai sebahagian daripada sistem tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari

Jelasnya, bagi pasaran Malaysia, Gentari dengan kerjasama Asahi Kasei dan JGC Holdings Corporation (JGC) telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Dana Pembangunan Teknologi.

“Kita berusaha untuk kenalpasti projek dan pastikan kita bawa masuk teknologi yang betul untuk mengurangkan kos pengeluaran ammonia serta hidrogen lebih berpatutan,” tambahnya.

Menurut Purohit, Malaysia akan diberikan tumpuan sebagai hub pengedar hidrogen untuk dieksport ke pasaran dan permulaan kearah industri tenaga baharu ini adalah bermula dengan molekul hijau.


Agenda AWANI: Future energy | Connection the dots