[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

'Tenaga melimpah ruah', Tun Mahathir pandu Proton, pantau Kuala Lumpur

Nursyazwani Saiful Sham 20/05/2018 | 14:31 MYT
Perdana menteri dilihat memandu kereta Proton seperti logo yang tertera distereng kenderaan tersebut di sekitar Kuala Lumpur. Foto: Twitter/@firdyfire
Siapa sangka pada usia 92 tahun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih mampu untuk memandu sendiri keretanya bagi memantau keadaan di sekitar ibu negara, pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh seorang blogger Firdaus Abdullah, perdana menteri dilihat memandu kereta Proton seperti logo yang tertera di stereng kenderaan tersebut di sekitar Kuala Lumpur.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri memantau perkembangan terkini sekitar Kuala Lumpur pagi tadi.
“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga yang melimpah pada umur 93 tahun. Semoga Allah selalu melindungi negarawan ini,” tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian video itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang kagum dengan kegigihan Tun Mahathir yang masih mampu memandu pada usia hampir satu abad ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada juga yang prihatin dan meminta agar Tun Mahathir untuk terus menjaga kesihatannya dengan lebihkan berehat pada waktu ini kerana beliau dilihat sibuk menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan yang terkenal sebagai peminat kereta ini pernah dilihat memandu semasa hujan lebat dan petir pada Mac lalu.
#Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Proton