Tenaga pengajar kolej vokasional Besut maut kereta terjunam dalam parit

Sharom Abu Bakar
Januari 22, 2017 11:30 MYT
Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, yang juga tenaga pengajar di Kolej Vokasional Besut, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas. - Foto JBPM
Seorang guru Kolej Vokasional Besut , lemas selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam parit .
Kejadian berlaku di jalan paya rawa, Besut, Terengganu kira-kira jam 2.20 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi berkata mangsa dikenali sebagai Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44 tahun.
Insiden dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan setelah limpahan air banjir mengakibatkan laluan di kawasan terbabit digenangi air.
Susulan itu, mangsa terjunam kedalam parit dan disyaki lemas selepas terperangkap didalam kereta.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gong Kepas dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
#Ketua Polis Daerah Besut #Lemas Besut #Masni Ngah #Mohd Zamri Mohd Rowi