MALAYSIA
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
Azam (foto) berkata siasatan kes itu telah bermula sejak 7 Oktober lalu dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Seramai 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan itu berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.
Jelas beliau, siasatan kes itu telah bermula sejak 7 Oktober lalu dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
“Penahanan ini berhubung dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
“Kes ini saya klasifikasi sebagai kes berprofil tinggi yang perlu ada kesegeraan kerana melibatkan kepentingan awam dan pangkat mereka yang terlibat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada Khamis.
Katanya, kesemua individu disyaki menyalah guna dana TKAT untuk kepentingan peribadi serta aktiviti yang tidak berkaitan dengan TKAT.
Menurutnya, SPRM telah membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan sehingga kini mengikut Seksyen 41 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 17A dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang masing-masing berkaitan penerimaan suapan serta kesalahan salah guna kuasa oleh penjawat awam.
“Dalam kes rasuah, kita tidak hanya lihat transaksi wang semata-mata. Kita perlu membuktikan siapa pemberi, siapa penerima dan bentuk perlindungan yang wujud,” ujarnya.
Dalam tempoh kira-kira dua minggu, 30 saksi telah dirakam percakapan manakala beberapa pegawai kanan tertinggi telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Azam berkata, ia termasuk dua individu yang ditahan tanpa dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- 23 individu termasuk pegawai tinggi dan kanan ATM ditahan SPRM berhubung siasatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan dan penggunaan dana awam.
- Siasatan bermula sejak 7 Oktober dan disifatkan sensitif kerana melibatkan kepentingan awam serta dakwaan menerima rasuah dari syarikat berkaitan perolehan di TKAT dan MINDEF.
- SPRM membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan di bawah AMLA dan Seksyen 17A dan 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penerimaan suapan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan itu berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.
Jelas beliau, siasatan kes itu telah bermula sejak 7 Oktober lalu dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
“Penahanan ini berhubung dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
“Kes ini saya klasifikasi sebagai kes berprofil tinggi yang perlu ada kesegeraan kerana melibatkan kepentingan awam dan pangkat mereka yang terlibat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada Khamis.
Katanya, kesemua individu disyaki menyalah guna dana TKAT untuk kepentingan peribadi serta aktiviti yang tidak berkaitan dengan TKAT.
Menurutnya, SPRM telah membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan sehingga kini mengikut Seksyen 41 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 17A dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang masing-masing berkaitan penerimaan suapan serta kesalahan salah guna kuasa oleh penjawat awam.
“Dalam kes rasuah, kita tidak hanya lihat transaksi wang semata-mata. Kita perlu membuktikan siapa pemberi, siapa penerima dan bentuk perlindungan yang wujud,” ujarnya.
Dalam tempoh kira-kira dua minggu, 30 saksi telah dirakam percakapan manakala beberapa pegawai kanan tertinggi telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Azam berkata, ia termasuk dua individu yang ditahan tanpa dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah individu termasuk pegawai tinggi dan pegawai kanan ATM yang telah ditahan oleh SPRM?
A: Seramai 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM telah ditahan oleh SPRM. - Q: Apakah sebab penahanan individu tersebut oleh SPRM?
A: Penahanan individu tersebut berkaitan dengan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam. - Q: Mengikut klasifikasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, bagaimanakah kes ini dilihat?
A: Kes ini dilihat sebagai kes berprofil tinggi yang perlu ada kesegeraan kerana melibatkan kepentingan awam dan pangkat individu yang terlibat. - Q: Apakah dakwaan yang dibuat terhadap individu yang disyaki menyalahgunakan dana TKAT?
A: Individu disyaki menyalahgunakan dana TKAT untuk kepentingan peribadi serta aktiviti yang tidak berkaitan dengan TKAT. - Q: Berapakah jumlah saksi yang telah dirakam percakapan dalam tempoh kira-kira dua minggu siasatan?
A: Dalam tempoh kira-kira dua minggu siasatan, 30 saksi telah dirakam percakapan sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan.