awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sumud Nusantara buka penyertaan sertai sukarelawan GSF 2.0
BE 2026 bantu fahami isu bekalan dan permintaan pelbagai industri di Malaysia - Ketua Perangkawan
Ponggal: Enam fakta di sebalik pesta kesyukuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tender perolehan: SPRM sita RM11.4 juta termasuk emas, Rolex dan Range Rover

Khalis Khadir
Khalis Khadir
15/01/2026
06:52 MYT
Tender perolehan: SPRM sita RM11.4 juta termasuk emas, Rolex dan Range Rover
Azam berkata, keseluruhan nilai sitaan fizikal berjumlah RM11.4 juta, manakala sebanyak 75 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan RM32.5 juta telah dibekukan bagi membantu siasatan. -Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan jenama Rolex, emas serta kenderaan mewah berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ringkasan AI
  • SPRM merampas aset bernilai RM11.4 juta termasuk wang tunai, jam tangan Rolex, emas, dan kenderaan mewah dalam kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan ATM.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan sitaan itu melibatkan pelbagai aset termasuk wang tunai, kenderaan Range Rover, dan jam mewah bernilai RM2.3 juta.
  • Keseluruhan nilai sitaan fizikal ialah RM11.4 juta dengan 75 akaun syarikat bernilai RM32.5 juta turut dibekukan bagi membantu siasatan SPRM.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sitaan itu melibatkan wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta, sebuah kenderaan jenis Range Rover bernilai kira-kira RM360,000 serta 26 unit jam tangan mewah bernilai RM2.3 juta.
“Kebanyakan jam tangan yang disita adalah jenama Rolex dan kita telah membuat pengenalpastian bahawa jam-jam ini adalah tulen,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM, di sini, pada Khamis.
Katanya, SPRM turut merampas barangan kemas bernilai RM294,039, dua cincin perhiasan bernilai RM20,000 serta jongkong emas seberat 3.7 kilogram yang dianggar bernilai RM2.5 juta mengikut harga semasa.
SPRM turut menyita jongkong emas seberat 150 gram bernilai RM102,000 serta dua dinar emas seberat 8.5 gram bernilai RM5,780.
Jelasnya, keseluruhan nilai sitaan fizikal berjumlah RM11.4 juta, manakala sebanyak 75 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan RM32.5 juta telah dibekukan bagi membantu siasatan.
Azam memaklumkan, sitaan itu dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan sebuah lagi rumah di Besut, Terengganu.
“Pegawai saya terpaksa ke Terengganu dua kali bagi mendapatkan barang-barang kes ini berdasarkan maklumat yang diterima.
"Kita pamerkan barang-barang ini bukan untuk showcase, tetapi sebagai barang bukti supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah betul.
“Kalau ada pihak mengatakan dialah yang memberi bantuan atau maklumat, itu tidak benar. Ini adalah hasil tindakan dan perisikan pegawai SPRM,” katanya.
Azam menegaskan, siasatan masih diteruskan dan aset yang dirampas akan diguna sebagai bahan bukti penting sebelum kertas siasatan dikemuka kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut dalam masa terdekat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah nilai aset yang telah dirampas oleh SPRM berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan Angkatan Tentera Malaysia? A: SPRM telah merampas aset bernilai RM11.4 juta termasuk wang tunai, jam tangan Rolex, emas, dan kenderaan mewah.
  • Q: Apa yang termasuk dalam senarai aset yang dirampas oleh SPRM? A: Senarai aset yang dirampas termasuk wang tunai, mata wang asing, kenderaan Range Rover, jam tangan mewah, barangan kemas, jongkong emas, serta dinar emas.
  • Q: Di manakah tempat-tempat SPRM membuat sitaan aset berhubung kes ini? A: Situan aset dilakukan di sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan sebuah rumah di Besut, Terengganu.
  • Q: Berapakah jumlah akaun syarikat yang telah dibekukan oleh SPRM berjumlah berapa? A: SPRM telah membekukan sebanyak 75 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan RM32.5 juta bagi membantu siasatan.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap aset yang dirampas oleh SPRM? A: Aset yang dirampas akan digunakan sebagai bahan bukti penting dalam siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Tender perolehan
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan