MALAYSIA

Tender perolehan: Tiga atau empat pegawai kanan tentera bakal dituduh minggu depan - Azam Baki

Khalis Khadir 15/01/2026 | 08:26 MYT
Azam (foto) berkata SPRM tidak berhasrat memanggil mana-mana individu lain bagi membantu siasatan membabitkan Op Star dan Op Parasit itu yang masing-masing mula disiasat pada 7 Oktober dan 23 Disember tahun lalu. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan siasatan terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin ini.


Ringkasan AI
  • SPRM akan menyelesaikan siasatan terhadap bekas Panglima Tentera Darat dan pegawai kanan ATM pada Isnin ini berkenaan kes rasuah melibatkan tender perolehan ATM dan salah guna dana.
  • SPRM telah menyita wang tunai dan aset bernilai RM16.1 juta dalam operasi Op Parasit dan Op Star yang melibatkan isu perolehan dan penyalahgunaan dana awam di Kementerian Pertahanan.
  • Bekas PTD telah dilepaskan daripada tahanan SPRM selepas proses pemeriksaan dilengkapkan, berikutan penahanannya berkaitan dengan siasatan kes tender perolehan ATM.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh tiga atau empat individu berkait kes rasuah melibatkan tender perolehan ATM dan salah guna dana.

“Saya telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyegerakan siap siasatan ini pada minggu hadapan.

"Bermakna di sini, saya telah memberi arahan supaya kertas siasatan siap pada hari Isnin depan dan seterusnya dikemukakan kepada Timbalan Pandakwa Raya untuk dibuat keputusan,” katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat SPRM, di sini, pada Khamis.

Buat masa ini, pihaknya tidak berhasrat untuk memanggil mana-mana individu lain bagi membantu siasatan membabitkan Op Star dan Op Parasit itu yang masing-masing mula disiasat pada 7 Oktober dan 23 Disember tahun lalu.

“Ketika ini kami perlu menyiapkan dua kes utama terlebih dahulu iaitu melibatkan isu perolehan dan penyalahgunaan dana awam di Kementerian Pertahanan,” katanya.

Azam berkata, SPRM berjaya menyita dan merampas keseluruhan wang tunai dan aset bernilai RM16.1 juta membabitkan Op Parasit dan Op Star.

Bagi Ops Parasit, keseluruhan wang tunai dan aset dirampas adalah bernilai RM11.4 juta manakala, Op Star bernilai RM4.7 juta.

Pada Isnin lalu, seorang bekas PTD dilepaskan daripada reman SPRM susulan penahanannya bagi membantu siasatan kes tender perolehan ATM.

Proses mendapatkan keterangan pegawai tinggi berusia 58 tahun itu sudah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes rasuah yang melibatkan bekas Panglima Tentera Darat dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia?
    A: Timbalan Pendakwa Raya dijangka menuduh tiga atau empat individu berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan tender perolehan ATM dan salah guna dana selepas siasatan dilengkapkan oleh SPRM.
  • Q: Berapakah nilai keseluruhan wang tunai dan aset yang berjaya disita dan dirampas oleh SPRM berkaitan dengan Op Parasit dan Op Star?
    A: SPRM berjaya menyita dan merampas keseluruhan wang tunai dan aset bernilai RM16.1 juta dalam kes Op Parasit dan Op Star, di mana Op Parasit bernilai RM11.4 juta manakala Op Star bernilai RM4.7 juta.
  • Q: Adakah pihak SPRM berhasrat untuk memanggil individu lain bagi membantu siasatan kes rasuah yang sedang berlangsung?
    A: SPRM tidak merancang untuk memanggil mana-mana individu lain bagi siasatan kes Op Star dan Op Parasit pada masa ini, fokus utama adalah menyiapkan siasatan berkaitan isu perolehan dan penyalahgunaan dana awam di Kementerian Pertahanan.



#Azam Baki #SPRM #Tender perolehan #ATM #Op Star dan Op Parasit