Pemberian tender bagi projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka dan bukan tender secara langsung.
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata ini bagi mengelak mana-mana pihak daripada memberi projek hanya kepada kroni atau individu yang tidak layak.
Katanya, kerajaan perlu memastikan mana-mana tender perlu diberi kepada kontraktor yang layak dan cekap bagi memastikan projek bukan sahaja dapat disiapkan pada tarikh ditetapkan, tetapi juga tidak terbengkalai.
"Sepatutnya setiap tender dibuat secara terbuka kerana tender secara langsung yang menyebabkan orang lebih cenderung untuk memberi tender kepada kroni masing-masing.
"Apa yang penting apabila memberikan tender kepada sesiapa adalah untuk memastikan ia diberi kepada orang yang layak dan kontraktor yang terbaik.
"Jika tidak, ada kemungkinan projek itu tidak akan siap, dan terbengkalai. Kita perlu meneliti siapa yang dipilih untuk pemberian tender ini kerana ini adalah wang rakyat," kata Datuk Akhbar Satar ketika ditemui selepas pelancaran bukunya, 'Rasuah, Jenayah dan Malaysia' di sini pada Khamis.
Selain itu, beliau menggesa ketua-ketua jabatan di kementerian untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pegawai-pegawai yang mungkin terlibat dengan rasuah.
"Sebagai ketua jabatan dalam kementerian, kita perlu mengenal pasti tanda-tanda awal, iaitu yang pertama jika mereka terlalu rapat dengan pelanggan.
"Keduanya, adalah kehidupan di luar kemampuan. Ketiga, mungkin beberapa pegawai tidak pernah mengambil cuti kerana bimbang 'ia' didedahkan.
"Ada juga mereka yang tidak mahu kenaikan pangkat di tempat kerja kerana jawatan mereka adalah seperti 'lombong emas'," kata Datuk Akhbar.
Mengulas penangkapan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kes rasuah baru-baru ini, Datuk Akhbar berkata pegawai yang kompeten tidak semestinya tidak terlibat dalam rasuah.
"Rasuah adalah isu yang kompleks, sesiapa sahaja boleh terlibat tidak kira mereka baik atau tidak.
"Godaan itu tetap ada, terutamanya bila anda dalam mempunyai yang boleh disalahgunakan," kata Datuk Akhbar.
Pada Isnin, seorang pegawai kanan DBKL bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan kes rasuah.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pegawai tersebut digantung sementara daripada tugas sehingga selesai siasatan.
Dania Zainuddin
Thu Aug 18 2016
AKHBAR: Ketua-ketua jabatan di kementerian perlu mengenal pasti tanda-tanda awal pegawai-pegawai yang mungkin terlibat dengan rasuah.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu
Kurangnya kefahaman ini menjadi penyebab mengapa ada segelintir netizen dilihat sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu.
Tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka
Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata ini bagi mengelak mana-mana pihak daripada memberi projek hanya kepada kroni atau individu yang tidak layak.
Isytihar dana politik bersihkan persepsi rasuah parti politik
Ia perlu dipandang serius parti politik di Malaysia memandangkan punca kepada persepsi ini timbul terus menjadi persoalan ramai.
Parti politik Malaysia paling banyak terlibat amalan rasuah - Kajian
Fakta itu unik kerana buat julung kalinya parti politik menduduki tempat pertama yang lazimnya diduduki polis.