awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2025
09:07 MYT
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Loke bercakap pada sidang media selepas Edaran Pek Cenderahati Kepada Penumpang KTMB di KL Sentral di sini, hari ini.- Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum lagi dibuka.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya sama ada tender untuk menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya itu telah dibuka atau sebaliknya.
"Belum," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Edaran Pek Cenderahati Kepada Penumpang KTMB di KL Sentral di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Datuk Azhar Ahmad.
Media sebelum ini melaporkan EPE Power Corp Bhd antara pembida berpotensi untuk cadangan projek LRT Johor Baharu.
Laporan tersebut juga memaklumkan beberapa pihak yang membida projek LRT Johor Bahru adalah sebuah konsortium yang terdiri daripada LBS Bina Group Bhd, Nylex (M) Berhad (Anak syarikat Ancom Nylex Berhad), Theta Edge Berhad, Sinar Bina Infra Sdn Bhd dan BTS Group Holdings PCL.
Konsortium tersebut dilapor mencadangkan pembangunan laluan LRT sepanjang 11.3km antara stesen Bukit Chagar, menghubungkan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) dan Taman Tasek sebelah barat.
Kerajaan negeri Johor sebelum ini memaklumkan sedang memuktamadkan butiran rangkaian pengangkutan tempatan untuk melengkapkan RTS, yang dijadualkan bermula pada Januari 2027.
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#LRT
#Anthony Loke
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan