MALAYSIA
Tengku Amir Shah, isteri berangkat ke Majlis Santunan Kasih Pasangan Diraja Bersama Rakyat
Tengku Amir Shah dan isteri, Afzaa Fadini berkenan berangkat menyaksikan pelbagai acara sukan rakyat pada Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada Jumaat. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pasangannya, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz berkenan berangkat ke Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.
Keberangkatan tiba pasangan pengantin diraja pada pukul 9 malam disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin sambil diiringi persembahan pasukan kompang diraja serta Silat Cekak Hanafi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Miszairi Sitiris bagi memohon kelancaran dan keberkatan.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh Orang Asli Mah Meri dan Tarian Zapin Nikah Kahwin oleh kumpulan kesenian kanak-kanak di bawah seliaan Permata Seni.
Dianggarkan lebih 12,000 pengunjung hadir pada majlis berkenaan yang turut menayangkan buat kali pertama rakaman video majlis pernikahan pasangan diraja itu serta ucapan sembah tahniah penghargaan rakyat.
Majlis kemudiannya diserikan dengan upacara memotong kek serta pulut kuning oleh Raja Muda Selangor dan pasangannya sebelum pasangan diraja itu bersama-sama menyaksikan persembahan artis dan pertunjukan laser aurora serta bunga api sebelum berangkat pulang.
Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Okt lepas.
Istiadat Persandingan Diraja pula berlangsung dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, 22 Okt lepas.
-- BERNAMA

#Majlis Santunan Kasih
#Raja Muda Selangor
#Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Afzaa Fadini Abdul Aziz