'Tengku Mahkota' didakwa ganggu institusi raja

Sinar Harian
Ogos 30, 2018 07:11 MYT
Tertuduh dikatakan memuat naik status dan komen mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan anak angkat kepada Sultan Muhammad V.
Seorang lelaki yang mengaku dirinya Tengku Mahkota dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas dakwaan menganggu institusi Kesultanan Kelantan melalui status dan komen di Instagram.
Nik Muhammad Hafilzul Adzhar, 24, bagaimanapun tidak mengaku salah di hadapan Majistret, Izuddin Mohd Shukri.
Tertuduh didakwa memuat naik status dan komen jelik dengan niat menyakiti hati dan menganiaya serta menganggu institusi Kesultanan Kelantan pada jam 9.30 malam, 4 April lalu.
Tertuduh dikatakan memuat naik status dan komen mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan anak angkat kepada Sultan Muhammad V.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 September depan.
#komen #Mahkamah Majistret Kota Bharu #Majistret Izuddin Mohd Shukri #Nik Muhammad Hafilzul Adzhar #Tengku Mahkota #Tengku Mahkota Kelantan