PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau memberikan tumpuan terhadap usaha pemulihan ekonomi, bukannya politik.

"Tumpuan saya kepada ekonomi, pemulihan ekonomi kita," katanya kepada pemberita di luar pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadikan beliau sebagai 'poster boy' di Selangor pada pilihan raya umum akan datang sekiranya menerima persetujuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar.

Menurut Jamal, parti itu memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang berkaliber tinggi dan mereka yang menerima kepercayaan orang ramai serta berupaya menawarkan perubahan yang luar biasa di negeri itu.

"Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka sendiri, maka saya akan menghormati pendapat setiap orang, termasuk Jamal," kata Tengku Zafrul. - BERNAMA