awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Penyelaras PPN

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/07/2021
12:43 MYT
Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Penyelaras PPN
Tengku Zafrul akan memikul tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan serta mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 yang sangat dinamik. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat, Jemaah Menteri bersetuju Tengku Zafrul memikul tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan serta mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 yang sangat dinamik.
Dalam pada itu, kenyataan sama menyebut, mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PPN (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat turut bersetuju untuk memperkukuhkan lagi beberapa bentuk kerjasama dengan pakar-pakar.
Mesyuarat yang diadakan secara sidang video bersetuju memperkukuhkan hubungan kerjasama melibatkan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial (subject matter experts).
“Ia bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara berterusan keberkesanan tindakan kesihatan awam yang sedang dilaksanakan, strategi pengurusan pesakit di hospital dan juga strategi pemberian vaksin kepada populasi di Malaysia.
“Penglibatan kumpulan profesional, terutamanya pakar-pakar kesihatan awam dan ekonomi, dalam pengurusan pandemik COVID-19 di dalam negara adalah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan strategi pengurusan pandemik berada di landasan betul,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan tersebut, kerajaan amat memahami kesulitan rakyat ketika ini dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.
“Justeru kerajaan akan terus memastikan segala tindakan dalam menjayakan PPN akan mengutamakan kebajikan rakyat dan bersifat telus serta inklusif.
“Bagi memastikan kelancaran pelan pemulihan ini, agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Nasional (Laksana) di bawah Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai Sekretariat kepada JKKPPN untuk menyelaraskan usaha-usaha kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek berkaitan PPN,” jelas kenyataan itu.
Mesyuarat pertama itu turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri; Menteri Kanan Luar Negeri; Menteri Kanan Kerja Raya; Menteri Kanan Pendidikan; Menteri Kewangan; Menteri Sains dan Teknologi dan Menteri Kesihatan.
Turut serta, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Kesihatan.
JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi dan bantuan di bawah PPN bagi memastikan Malaysia mampu keluar daripada kemelut COVID-19 secara berfasa dan sistematik, mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Kementerian Kewangan
#Perdana Menteri
#ekonomi
#pendidikan
#Timbalan Perdana Menteri
#kabinet
#Sains
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#varian baharu
#JKKPPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan