awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul komited untuk berikan yang terbaik

Bernama
Bernama
28/06/2020
11:47 MYT
Tengku Zafrul komited untuk berikan yang terbaik
Tengku Zafrul berikrar untuk memberikan fokus 100 peratus kepada kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi negara. - Gambar fail BERNAMA
Dalam merangka langkah-langkah untuk memastikan Malaysia dapat bertahan daripada serangan COVID-19 yang telah menyebabkan gangguan yang besar kepada ekosistem global, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz komited untuk terus memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya.
Hari ini merupakan 100 hari pertama Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran pada Mac, 2020.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya diberikan peluang untuk berbakti kepada rakyat dan negara.
"Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Kabinet, warga kerja di Kementerian Kewangan (MoF), agensi-agensi berkaitan dan rakyat semua atas sokongan yang diberi.
"Insya-Allah, saya akan sentiasa memberikan fokus 100 peratus kepada kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi negara," kata beliau yang berkongsi perjalanannya di MoF dalam akaun media sosialnya.
Kemahiran beliau dalam bidang kewangan dan pelaburan diuji dalam menempuh kemerosotan ekonomi berikutan COVID-19, yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ke arah pemulihan.
Kerajaan, melalui MoF, segera menyediakan pakej rangsangan untuk mengurangkan impak negatif daripada pandemik tersebut.
Ini termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion, dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan mengukuhkan ekonomi, serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion, untuk memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#100 hari pertama
#Kementerian Kewangan
#komited
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan