Tengku Zafrul turun padang bantu mangsa banjir di Shah Alam

Astro Awani
Disember 19, 2021 22:30 MYT
Zafrul dilihat membantu pasukan penyelamat menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS). -Instagram @tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Biarpun bukan dalam kalangan wakil rakyat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tetap meluangkan masa melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam, pada Ahad.
Dalam kemas kini di laman sosial, Zafrul dilihat membantu pasukan penyelamat menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau juga bersama-sama membawa bantuan makanan kepada mangsa yang terkandas di Kuarters Balai Polis Sri Muda.
Beliau turut melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Jalan Kebun, Shah Alam.
"Insya-Allah, lebih banyak bantuan akan dihulurkan secepat mungkin," katanya.
#Zafrul Abdul Aziz #pasukan penyelamat #banjir #Menteri Kewangan