awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zatashah kongsi memori Keluarga Diraja Selangor bersama Ratu Elizabeth II

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/09/2022
05:10 MYT
Tengku Zatashah kongsi memori Keluarga Diraja Selangor bersama Ratu Elizabeth II
Dalam catatan kedua di laman medial sosial, Tengku Zatashah kemudian berkongsi beberapa gambar memori lawatan Ratu Elizabeth II ke negara ini. - Foto Instagram/@zatashah
PUTERI Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan pemergian Ratu Elizabeth II awal hari ini satu kehilangan besar kepada dunia.
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, Tengku Zatashah melihat Pemerintah United Kingdom dan 15 Negara Komanwel itu telah mengabadikan hayatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.
Dalam catatan kedua di laman media sosial, Tengku Zatashah kemudian berkongsi beberapa gambar memori lawatan Ratu Elizabeth II ke negara ini.
View this post on Instagram
A post shared by Zatashah (@zatashah)
Antara yang dikongsikan ialah lawatan Ratu UK itu ke Istana Alam Shah bersama Almarhum nenda Tengku Zatashah, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj; gambar Baginda bersama ibu Tengku Zatashah, Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal di atas HMS Britannia di Pelabuhan Klang; dan lawatan Baginda ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz bersama ayahanda Tengku Zatashah.
Selain itu, turut dikongsikan ialah gambar Ratu Elizabeth II bersama moyang Tengku Zatashah Almarhum Tengku Ampuan Jemaah sewaktu pertabalan Baginda sebagai Ratu United Kingdom.
View this post on Instagram
A post shared by Zatashah (@zatashah)
Awal pagi ini media melaporkan, Ratu Elizabeth II, yang merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.
Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) serta 14 Negara Komanwel di mana Ratu Elizabeth II menjadi ketua negara diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.
View this post on Instagram
A post shared by Zatashah (@zatashah)
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Tengku Zatashah
#Sultan Selangor
#Keluarga Diraja Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan