awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera darat anjur eksesais Keris Strike 2025 bersama AS, Australia di Perak

Bernama
Bernama
13/07/2025
02:40 MYT
Tentera darat anjur eksesais Keris Strike 2025 bersama AS, Australia di Perak
Eksesais tahunan itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi bersama selain memperkukuh hubungan ketenteraan dengan negara-negara sahabat. - Foto X/Elizabeth Vstx
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais KERIS STRIKE 2025 bersama Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) dan Tentera Darat Australia (Australian Army) selama 14 hari bermula Khamis depan di beberapa lokasi terpilih di Perak.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Awam Markas TDM, antara kawasan yang terlibat sepanjang latihan yang berlangsung sehingga 30 Julai ini termasuk Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong.
Eksesais tahunan itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi bersama selain memperkukuh hubungan ketenteraan dengan negara-negara sahabat
"Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kesiagaan TDM dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan serantau," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan konvoi kenderaan dan aset tentera serta aktiviti ketenteraan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TDM
#Keris Strike 2025
#US Army
#Australian Army
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan