awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Darat sedia sertai sebarang misi pengaman termasuk ke Gaza

Bernama
Bernama
25/09/2025
12:59 MYT
Tentera Darat sedia sertai sebarang misi pengaman termasuk ke Gaza
Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia untuk menyertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza, Palestin sekiranya diminta berbuat demikian.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bagaimanapun berkata sebarang penglibatan akan bergantung kepada keputusan kerajaan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi berkenaan.
Beliau berkata penilaian itu akan dibuat oleh kerajaan termasuk Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.
Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata Malaysia mempunyai banyak rekod dalam operasi pengaman antarabangsa dan TDM bersiap-sedia untuk menyumbang.
"Kami telah terlibat dalam operasi pengaman sejak 1960, bermula di Congo dan seterusnya di Somalia, Bosnia serta Kemboja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49 dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera darat
#ATM
#misi pengaman
#Gaza
#keselamatan
#Palestin
#Muhammad Hafizuddeain Jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan