awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM

Tentera, polis Malaysia gempur penceroboh

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2013
00:01 MYT
Tentera, polis Malaysia gempur penceroboh
Pasukan keselamatan melancarkan operasi menggempur penceroboh dari Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo mulai pukul 7 pagi tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara".
"Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat," kata Perdana Menteri.
Astro Awani difahamkan serangan ke atas kumpulan pengikut Kesultanan Sulu itu melibatkan operasi bersama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Am.
Ia turut melibatkan pesawat tempur F-18 dan Hawk. Wartawan yang berada dekat Kampung Tanduo melaporkan mendengar beberapa letupan bom yang dilancarkan oleh pesawat berkenaan.
Operasi dari udara itu difahamkan disusuli dengan operasi gempur melalui darat.
Pasukan keselamatan telah meningkatkan kedudukan sejak semalam apabila tujuh batalion tentera dikerah membantu operasi menamatkan pencerobohan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu.
Lima batalion dikirimkan ke Lahad Datu manakala dua batalion masing-masing ditugaskan ke Tawau dan Sandakan.
Serangan pada pagi ini dilancarkan selepas lapan anggota polis terkorban dalam operasi menangani pencerobohan itu. Dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran dekat Kampung Tanduo pada Jumaat manakala enam lagi terkorban dalam serangan hendap di Semporna pada Sabtu petang.
Sekurang-kurangnya 18 penceroboh terbunuh sehingga semalam.
Perdana Menteri yang menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana Ulama Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil pagi ini menjelaskan kerajaan sudah lama bersabar sejak kumpulan itu menceroboh tiga minggu lalu sebelum memutuskan tindakan yang diambil pada hari ini.
"Kalau boleh kita tidak mahu menitiskan setitik darah pun namun apabila ada anggota kita terkorban, saya sudah beri kata dua dan hari ini kita mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Dalam reaksinya selepas pertempuran pada Jumaat lepas, Perdana Menteri memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh berkenaan -- serah diri atau berdepan tindakan pihak berkuasa.
Gesaan yang sama dibuat oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino III kepada kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III. Pada masa sama, beliau menegaskan tindakan mereka menceroboh kedaulatan Malaysia adalah salah.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#operasi sulu
#Sabah
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.