awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teo adakan mesyuarat dua hala di Brunei

Bernama
Bernama
07/05/2025
22:00 MYT
Teo adakan mesyuarat dua hala di Brunei
Teo dan Halbi selepas mereka mengadakan mesyuarat sempena Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan, di Brunei, 7 Mei 2025. --fotoBERNAMA
BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan dari Kemboja dan Brunei sempena Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan, di sini pada Rabu.
Mesyuarat Teo bersama Menteri Maklumat Kemboja Neth Pheaktra, yang berlangsung kira-kira 40 minit, antara lain membincangkan pertukaran pengalaman kedua-dua negara dalam menangani berita palsu, buli siber, maklumat salah dan maklumat palsu di media sosial, serta etika penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat nasional.
Kedua-dua pemimpin turut berbincang secara mendalam mengenai kepentingan mengawal selia media sosial, termasuk mekanisme seperti pelesenan dan kod etika selain memperkukuh kerjasama antara kementerian berkenaan, khususnya dalam pertukaran berita, amalan media, dan teknologi komunikasi.
Mereka bersama-sama mengakui bahawa usaha membanteras maklumat palsu dapat ditangani dengan berkesan melalui pemantauan kandungan serta kawal selia kendiri, dengan kerjasama platform dalam talian bagi mengemas kini garis panduan dan menyelaraskan dasar yang berkaitan.
Kedua-dua pemimpin itu turut menyuarkan kebimbingan mereka terhadap penggunaan media sosial dalam aktiviti penipuan dan penyebaran maklumat palsu yang berleluasa, kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Dalam mesyuarat tersebut, Teo menyatakan Malaysia sedang melaksanakan pelesenan media sosial di bawah kerangka kawal selia baharu, antaranya bagi memastikan platform digital yang lebih selamat melalui peningkatan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna serta memperkukuh pengawasan terhadap platform media sosial dan pemesejan Internet.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei Halbi Mohd Yussof menyuarakan sokongan beliau terhadap kerjasama serantau lebih kukuh dalam menangani cabaran digital.
Beliau turut berharap kerjasama dan inisiatif bersama antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan, sekali gus memperkukuh usaha kolektif rantau ini ke arah membina ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Kedua-dua mesyuarat dua hala itu turut dihadiri Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JaPen) Muhammad Najmi Mustapha dan Ketua Pegawai Korporat dan Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Syahrilazli Mahammad.
Turut serta dalam mesyuarat itu Pengarah II MCMC (ASEAN dan Dua Hala) Fatin Nabiha Ab Aziz, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Shukri Ishak serta pegawai kanan lain daripada Kementerian Komunikasi dan agensinya.
Kemboja dan Brunei antara negara anggota ASEAN yang menyertai AMRI ke-17, yang diadakan di sebuah hotel di sini dan berakhir semalam. Teo dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama wakil China, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#Mesyuarat Dua Hala
#AMRI
#Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami