KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menafikan dakwaan bahawa artis luar negara tidak dibenarkan menetap di Malaysia dua hari sebelum persembahan dan perlu pulang dua hari selepas persembahan.
Teo berkata secara amnya, penganjur persembahan akan memohon tempoh bekerja sementara yang diperlukan bagi artis atau kru luar negara mengikut kategori seperti dinyatakan garis panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Beliau berkata tempoh maksimum bekerja sementara bagi satu permohonan adalah sehingga 90 hari.
"Terdapat kes di mana kami izinkan artis luar negara itu walaupun persembahan hanya satu malam tapi tempoh kelulusan yang mereka dapat ialah seminggu," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Menurut Teo, Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada artis luar negara berdasarkan kelulusan PUSPAL dan tempoh masa keberadaan artis luar negara pula adalah berdasarkan permohonan oleh penganjur sendiri.
Beliau berkata kebanyakan artis luar negara mengikut jadual persembahan masing-masing dan kebiasaannya mereka akan terus meninggalkan negara ini untuk ke destinasi persembahan seterusnya.
Sementara itu Teo berkata bagi tempoh 2022 hingga Mac tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil tindakan penurunan terhadap 5,690 kandungan jelik berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Penurunan dilakukan ini adalah tertakluk kepada pertimbangan oleh penyedia platform itu sendiri berdasarkan penilaian mengikut standard komuniti yang telah ditetapkan," katanya.
Sebanyak 3,766 laman sesawang judi dalam talian juga telah disekat berdasarkan permohonan rasmi Polis Diraja Malaysia di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bagi tempoh 2022 hingga 15 Mac lepas, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kerajaan nafi pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak libat proses rundingan
Dakwaan Gabungan Internet Asia (AIC) dalam surat terbukanya bertarikh 26 Ogos lepas bahawa pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak melibatkan proses rundingan adalah tidak benar.
Banjir: Syarikat telekomunikasi diarah pastikan menara, talian komunikasi kekal berfungsi
Syarikat telekomunikasi diarah menyediakan set janakuasa mudah alih untuk ditempatkan di menara-menara telekomunikasi yang dikenal pasti berada di kawasan sering dilanda banjir.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
Penyelarasan cuti di Johor tarik lebih ramai pelabur asing - Teo
Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.