KUALA LUMPUR: Toe Seng Capital Bhd menggantung pengeluaran telur dari Layer Farm 1, susulan kenyataan yang dikeluarkan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengenai 'penarikan balik telur Teo Seng Layer Farm 1 (Malaysia)' disebabkan kehadiran Salmonella Enteritidis.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Sabtu, Teo Seng berkata, ia juga memberi jaminan bahawa tiada telur dari ladang itu yang dijual untuk pasaran domestik serta eksport dan selanjutnya akan menjalankan siasatan terhadap kejadian itu sebagai langkah berjaga-jaga.
"Keselamatan produk sentiasa menjadi keutamaan Teo Seng, semua lokasi ladang pengeluaran kami berjauhan sebagai langkah untuk mengurangkan pencemaran antara ladang. Teo Seng juga mengamalkan ujian makmal secara berkala ke atas pensampelan telur dari setiap ladang bagi memastikan keselamatan produk.
"Sehingga kini semua produk ladang lain telah diuji negatif Salmonella Enteritidis dan ini akan memastikan bekalan telur dari ladang lain selamat untuk dimakan dan tidak terjejas," menurut kenyataan itu.
Teo Seng berkata pihaknya juga akan berkomunikasi dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menyiasat dan memantau ladang yang didakwa mengesan kehadiran Salmonella Enteritidis itu.
Kumpulan itu memberi jaminan, kerjasama penuh akan diberikan kepada penyiasatan untuk mengenal pasti punca utama dan berusaha melakukan tindakan pemulihan yang sesuai untuk memastikan produk selamat dan menyambung semula penjualan telur dari ladang yang didakwa.
"Ladang yang didakwa itu menyumbang kira-kira 3.5 peratus daripada jumlah pengeluaran kami. Sementara siasatan masih dijalankan, lembaga itu tidak dapat memastikan jumlah hasil yang terjejas pada masa ini," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Teo Seng memberi jaminan bahawa tiada telur dari ladang itu yang dijual untuk pasaran domestik serta eksport. - Gamnar hiasan/Unsplash

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

New Zealand alami kekurangan bekalan telur
Penduduk New Zealand mengalami kekurangan bekalan telur ayam sejak lebih sebulan yang turut menjejaskan hidangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Sesak 5km: Ribuan telur ayam pecah, bertaburan atas jalan
Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan dekat Rembau.

KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Bekalan makanan: Singapura lulus import telur ayam dari Brunei
Jelas SFA lagi, pengeluaran telur tempatan kini menyumbang kepada kira-kira 30 peratus daripada jumlah penggunaan telur ayam Singapura.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar negara untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara sebagai pelan jangka pendek.

Isu bekalan telur ayam, minyak: Salahuddin jumpa pemain industri esok
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket esok.

Kementerian perlu peruntukan lebih besar depani krisis ekonomi, makanan - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata ini juga sekali gus bagi melicinkan pengoperasian kementerian dan memastikan semua perancangan berada dalam keadaan teratur.