Menyantuni golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan bukan sahaja dengan menyediakan prasarana yang mencukupi, lebih utama membangunkan modal insan bagi membolehkan mereka berdikari seperti masyarakat normal lain.
Namun daripada lebih 50,000 OKU cacat penglihatan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya sejumlah kecil sahaja yang mampu berdikari.
Selebihnya, terutama yang tidak mempunyai kemahiran terpaksa mengemis atau menjual tisu dari meja ke meja sebagai sumber rezeki.
Aspek pendidikan sebagai asas melahirkan modal insan antara perkara yang diperjuangkan banyak persatuan dan pertubuhan OKU cacat penglihatan sejak sekian lama. Mereka mahu lebih banyak peluang diberikan dalam pendidikan seperti mana yang dinikmati oleh sekolah biasa.
PERKASAKAN PENDIDIKAN
Selaras dengan ungkapan 'education for all', golongan OKU juga mempunyai hak yang sama seperti orang yang normal serta berpeluang mengembangkan potensi diri dengan cara yang betul.
Mereka juga ingin berdikari dan menyumbang sesuatu kepada negara. Namun setelah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan, mereka masih lagi berjuang untuk mendapatkan peluang dan kemudahan pendidikan yang lebih berkualiti agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pendidikan arus perdana.
Hakikatnya mereka mampu bersaing dengan pelajar normal lain berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mengambil contoh SPM tahun 2015, sekurang-kurangnya dua pelajar cacat penglihatan memperoleh keputusan 10A. Ini menunjukkan mereka mampu bersaing jika ruang dan peluang diberikan secukupnya, menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Zamzuri Gani.
Ini juga membantu meningkatkan jumlah OKU cacat penglihatan melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.
"Peluang mereka terbuka asalkan berkelayakan. Sudah banyak IPTA dan IPTS yang membuka ruang seluas-luasnya kepada OKU cacat penglihatan terutama dalam bidang Sastera, Pengajian Islam, Ekonomi dan Undang-undang.
"Namun bidang kritikal terutama Matematik dan Sains amat-amat kurang disertai OKU cacat penglihatan. Bukan mereka tidak ada kemampuan, tetapi banyak keperluan mereka yang belum mencukupi," katanya.
BUKU TEKS BRAILLE TIDAK CUKUP
Isu kemudahan buku teks dalam bentuk Braille yang tidak mencukupi di sekolah-sekolah pendidikan khas untuk OKU cacat penglihatan masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun dibangkitkan sejak dahulu.
Ada sesetangah mata pelajaran di sekolah menengah masih tiada dibekalkan buku teks seperti Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
"Itu belum lagi masalah buku teks Braille yang rosak, hilang dan tidak dapat digunakan lagi kerana ia sukar diganti sebab kos yang tinggi," katanya.
Mengatasi masalah itu, teknik audio banyak digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas cacat penglihatan bagi menampung kekurangan buku teks Braille.
Walaupun harganya lebih murah berbanding buku teks dan rujukan menggunakan Braille namun masih terdapat kekangannya.
Kaedah audio lebih sesuai untuk mata pelajaran yang tidak menggunakan banyak grafik dan formula seperti mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
"Ini belum dapat menyelesaikan kekurangan bahan rujukan untuk subjek Matematik dan Sains yang banyak menggunakan grafik. Sukar untuk dijelaskan menggunakan audio terutama bagi pelajar yang buta sejak dilahirkan.
"Mereka menghadapi kesukaran untuk mengenal konsep warna gelap dan terang, bentuk dan sebagainya," katanya.
JURANG MASIH LUAS
Hakikatnya, jurang masih luas antara pendidikan arus perdana dengan pendidikan khas. Malah bagi sesetengah sekolah pendidikan khas masih lagi dianggap tidak formal.
Asalkan pelajar datang ke sekolah sudah mencukupi, sedangkan pada zaman ini kita bercakap soal kualiti pendidikan yang boleh memperkasakan golongan OKU supaya mereka laku di pasaran, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia, Silatul Rahim Dahman.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk setiap negara ialah OKU.
Jika mengambil perkiraan itu, terdapat kira-kira tiga juta penduduk OKU di Malaysia sekarang.
"Tidak akan ada pembaziran modal insan sekiranya mereka diberi pendidikan yang sempurna, latihan mencukupi serta peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan setiap bulan," katanya dan menambah bahawa cara ini juga dapat menjimatkan wang negara.
Banyak lompang yang harus diperbaiki terutama dalam perkara asas pendidikan seperti kemudahan buku teks dan latihan serta guru pendidikan khas yang terlatih.
Kesukaran mendapatkan bahan bacaan dan latihan terutama Sains dan Matematik dalam bentuk Braille menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi dalam kedua-dua bidang berkenaan.
Berkongsi pengalamannya sendiri, Silatul Rahim berkata beliau juga hanya berpeluang belajar Matematik sehingga tingkatan 3.
"Apabila memasuki tingkatan 4, saya dipaksa berhenti belajar subjek Matematik kerana tidak ada buku teks untuk belajar.
"Kekurangan pakar Braille dalam Sains dan Matematik menyebabkan masalah ini masih belum selesai. Hendak terjemahkan ilmu matematik yang banyak menggunakan formula, bentuk dan pengiraan dalam Braille bukan mudah. Ia memerlukan mereka yang benar-benar pakar," katanya.
PERSIDANGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA
Perbincangan peringkat antarabangsa isu pendidikan OKU akan menjadi agenda utama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan Khas 2017 yang akan berlangsung di Kuching Julai ini.
Pelbagai isu pendidikan melibatkan semua jenis OKU dari pelbagai negara akan dibincangkan melalui pembentangan kertas kerja, bengkel dan seminar.
Ia menjadi platform terbaik untuk mencari jalan penyelesaian isu pendidikan dalam kalangan OKU khususnya di Malaysia, katanya.
"Kita mahu kekangan dan halangan masyarakat OKU untuk mendapatkan pendidikan tertinggi dibincangkan secara bersama selain berkongsi kepakaran negara maju lain yang lebih kehadapan dalam pendidikan OKU," katanya persidangan itu akan disertai kira-kira 1,000 orang termasuk pembentang kertas kerja dari pelbagai negara.
Untuk membantu OKU cacat penglihatan menambah pelbagai ilmu pengetahuan, perpustakaan bersuara 'talking library' menjadi satu daripada agenda utama yayasan pada tahun ini.
Merancang penubuhannya di Bricfields yang cukup dikenali sebagai 'bandar orang buta' ia akan menjadi perpustakaan pertama seumpama itu di Malaysia.
"OKU cacat penglihatan boleh memuat turun melalui link yang diberikan melalui MP3 dan sebagainya untuk membolehkan mereka mendengar bahan-bahan bacaan tersebut di mana-mana sahaja, dalam kenderaan dan dalam kapal terbang.
"Ia akan dapat menyelesaikan masalah dalam kalangan mereka yang buta ketika dewasa yang belum dapat menguasai penggunaan Braille secara terus," katanya yang berharap ada pihak yang tampil untuk bekerjasama merealisasikan penubuhan perpustakaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
Menyantuni golongan OKU cacat penglihatan bukan sahaja dengan menyediakan prasarana yang mencukupi, lebih utama pembangunan modal insan. - Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.