KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat, yang mendengar perbicaraan kes rasuah membabitkan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad diberitahu bahawa, terdapat konspirasi untuk mengenakan pasangan suami isteri itu.
Perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, yang merupakan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah pasangan suami isteri itu berkata beliau merasakan wujud konspirasi itu, semasa rakaman percakapannya diambil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 Jun 2016.
“Yes, I can feel that...sebab dia (pegawai SPRM) kata ‘kami akan panggil kamu lagi untuk rakam percakapan’, kerana apa saya cuba cakap pada hari pertama (22 Jun 2016) rakaman percakapan itu diambil tidak diterima,” katanya ketika disoal peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette, semasa perbicaraan kes rasuah itu di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Saksi pendakwaan ke-25 itu dipanggil semula untuk disoal balas, selepas dianggap sebagai saksi belot dalam kes pendakwaan mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan 1950.
Kepada soalan Kumaraendran, Norhaili berkata, semasa beliau dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya pada 22 Jun 2016, beliau tidak dimaklumkan mengenai siasatan yang dijalankan oleh pegawai SPRM.
Bagaimanapun, saksi utama pendakwaan itu bersetuju dengan Kumaraendran bahawa rakaman percakapan itu perlu diambil oleh pegawai SPRM, kerana ia berkaitan dengan pelaburan Felcra dalam Public Mutual.
Kumaraendaran: Saya cadangkan bahawa ketika kamu memberi keterangan kepada pegawai SPRM pada 22 Jun 2016, mereka menyatakan keterangan kamu itu adalah nonsense dan rubbish.
Norhaili: Saya tidak pasti ayat (sebenar) itu, tetapi ia berbunyi seperti itu.
Kumaraendran: Setuju kalau saya katakan kamu berasa sangat tertekan, beremosi dan terganggu apabila pegawai-pegawai SPRM ini, menyuruh kamu mengaku bahawa Bung Moktar dan Zizie menerima rasuah berkaitan dengan pelaburan unit amanah Felcra itu.
Norhaili: Ya.
Disoal peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Bung Moktar, bagaimana perasaan Norhaili apabila hadir ke pejabat SPRM, saksi itu berkata, beliau berasa sangat takut kerana ini merupakan pengalaman kali pertamanya.
Kepada soalan Ridha Abdah, saksi itu berkata, beliau telah memberi keterangan panjang lebar ketika disoal oleh pegawai SPRM, tetapi apabila pemeriksaan laporan dibuat, ‘tidak semua keluar’.
“Apa yang saya cerita (beri keterangan) panjang, tetapi end of the day tengok report (laporan) tak semua dikeluarkan. Ada beberapa perkara yang tidak ada dalam laporan itu,” katanya.
Menurut Norhaili, beliau ingin memberikan cerita sebenar sejak mula disoal siasat, tetapi tidak mempunyai sebarang kekuatan.
“Sekitar 2021, saya pernah dipanggil oleh SPRM tetapi ketika itu saya tidak berjumpa dengan pegawai SPRM, tetapi saya berjumpa seorang daripada ahli pasukan pendakwaan, seorang wanita bertudung labuh.
“Sewaktu disoal oleh pendakwaan, masa itu saya berpeluang untuk menceritakan segalanya. Cerita pertemuan di Hotel Intercontinental itu tidak benar,” katanya dalam keadaan sebak.
Pada hari ini, Norhaili mengekalkan keterangannya di mahkamah sebelum ini bahawa Bung Moktar tidak pernah meminta rasuah RM3.5 juta, dan ia bertentangan dengan kenyataan kepada SPRM bahawa wang itu diminta oleh Bung Moktar sebagai upah, dalam satu pertemuan di Hotel Intercontinetal pada 4 Mei 2015.
Prosiding itu akan bersambung pada 28 Mac ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500, daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Bernama
Fri Mar 18 2022
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette ketika hadir pada perbicaraan kes rasuah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.