Terengganu beri bonus RM500 buat penjawat awam

Bernama
Jun 8, 2017 07:35 MYT
Ahmad Razif berkata sebanyak RM88.7 juta juga diperuntukan bagi bantuan Dana Raya 2017 kepada mereka yang memerlukan. - Gambar fail
Seramai 6,230 penjawat awam di Terengganu bakal menerima bonus RM500 seorang sebagai persediaan sambutan Aidilfitri.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembayaran bonus berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 juta, turut membabitkan Kakitangan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) seramai 898 orang dengan peruntukan RM449,000.
"Bonus yang diberikan ini bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi dan pembayaran ini akan dimasukkan serentak dengan gaji sebelum raya ini," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai,Seberang Takir, semalam.
Ahmad Razif berkata sebanyak RM88.7 juta juga diperuntukan bagi bantuan Dana Raya 2017 kepada mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #ATRA #Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman #Kakitangan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu #Menteri Besar Terengganu #penjawat awam #terengganu