awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu dijangka kembali dilanda banjir esok

Amanz
Amanz
16/12/2024
09:34 MYT
Terengganu dijangka kembali dilanda banjir esok
Situasi banjir yang melanda Terengganu pada 1 Disember lalu. -Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami banjir gelombang ketiga pada esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal berlaku sehingga Khamis ini.

Ringkasan AI
  • Terengganu dijangka mengalami banjir gelombang ketiga esok akibat fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan sehingga Khamis.
  • Penduduk dalam lingkungan lima kilometer dari lembangan sungai utama di Kemaman, Besut, Setiu, dan Hulu Terengganu paling berisiko terjejas.
  • Penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendengar arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat menyatakan penduduk yang menetap dalam lingkungan kira-kira lima kilometer dari lembangan sungai utama di empat daerah iaitu Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu paling berisiko terjejas banjir.
"Jadi penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada selaim mendengar arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, kawasan paling berisiko banjir di Besut ialah Kampung Pok Sik; Kampung Belaoh; Felcra Keruak Kampung La; Chegar Batang; Pasir Akar; Jerubun; Bukit Payung dan Batu 13.
Beliau memaklumkan di Kemaman pula melibatkan Padang Kubu; Pelantoh; Kampung Tebak; Batu 16 Tebak dan Kampung Sungai Mas, juga berkemungkinan terjejas akibat bencana tersebut.
“Di Hulu Terengganu, saya juga menasihatkan penduduk Paloh Nyior; Bukit Taduk; Kampung Matang; Kepah; Pasir Dula; Tengkawang; Kuala Ping; Tok Lawit; Nibong; Kuala Telemong turut berwaspada.
“Selain itu, kawasan lain di Hulu Terengganu yang turut berisiko ialah Sekayu; Pelandan; Cheting; Menjing; Durian Bador; Padang Setar; Kampung Pengkalan Ajal; Paya Besar; Menerong; Kua; Peneh; PPSK Gunung Menerong; Lenjang dan Kampung Betong.
"Di Setiu pula, Kampung Langkap; Kampung Chalok Kedai; Batu 29; Gong Terap; Lubuk Panjang dan Felda Kampung Rahmat dikhuatiri dilanda banjir," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#gelombang ketiga
#fenomena air pasang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan