MALAYSIA
Terengganu terus jadi tumpuan pelancong sempena cuti sekolah
Setakat Jun, Terengganu menerima 6.9 juta pelancong dengan 70 peratus merupakan pengunjung domestik manakala bakinya pelancong asing termasuk dari China dan Itali. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Terengganu terus menjadi tumpuan pelancong apabila mencatatkan kadar tempahan hotel melebihi 90 peratus sekali gus menjadi antara destinasi pilihan utama sempena cuti sekolah.
Keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan keenakan juadah tradisional antara daya penarik pelancong ke negeri Pantai Timur itu, dengan lokasi popular seperti Pasar Payang dan Jambatan Angkat di sini terus dikunjungi orang ramai.
Pengunjung dari Johor Aliya Zulkarnain, 35, semasa ditemui Bernama hari ini, berkata menempuh perjalanan jauh kerana mahu membawa keluarga menikmati keindahan pantai serta menikmati juadah popular seperti nasi dagang dan keropok lekor.
"Kami memang merancang bercuti di Terengganu pada cuti sekolah. Walaupun jalan agak sesak tetapi anak-anak teruja melihat pemandangan pantai selain dapat singgah di Pasar Payang untuk membeli cenderamata dan pelbagai jenis keropok," katanya.
Seorang lagi pelancong dari Kuala Lumpur Mohd Aiman Azmi, 38, berkata memilih Terengganu kerana tertarik dengan keindahan pantai serta mahu menikmati "rasa asli" makanan tradisional negeri itu.
"Ini kali pertama saya membawa keluarga ke sini pada musim cuti sekolah. Memang berbaloi kerana anak-anak seronok melihat Jambatan Angkat manakala isteri gembira membeli-belah di Pasar Payang," katanya.
Sementara itu, peniaga di Pasar Payang Ani Hussin, 56, berkata kemeriahan jelas terasa sepanjang cuti sekolah kerana lokasi itu menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
"Memang meriah kerana pelanggan bukan sahaja dari pelbagai negeri malah pelancong luar negara yang membeli pelbagai barangan kraftangan. Alhamdulillah, jualan meningkat berbanding hari biasa," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata kehadiran luar biasa pelancong pada cuti sekolah kali ini, menunjukkan Terengganu kekal sebagai destinasi pilihan pelancong hasil usaha pelbagai pihak.
"Kerajaan negeri menekankan program mesra keluarga dan pelajar supaya cuti sekolah dapat diisi dengan aktiviti bermanfaat seperti Karnival Pantai Terengganu, Japan Domestic Market (JDM) dan festival makanan," katanya.
Razali berkata setakat Jun, Terengganu menerima 6.9 juta pelancong dengan 70 peratus merupakan pengunjung domestik manakala bakinya pelancong asing termasuk dari China dan Itali, menjadikan pihaknya yakin dapat mencapai sasaran 8.5 juta pelancong tahun ini.
"Pelancong antarabangsa lebih tertumpu ke pulau peranginan seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang manakala pelancong domestik gemar mengunjungi lokasi di tanah besar termasuk Pasar Payang, Jambatan Angkat dan Tasik Kenyir," katanya.
Beliau menyifatkan pengiktirafan Terengganu sebagai Negeri Paling Bahagia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, sebagai nilai tambah yang mampu memperkukuh jenama pelancongan negeri itu.
"Pengiktirafan itu memberi imej positif. Saya berharap setiap pengusaha pelancongan mengekalkan layanan mesra terhadap pelancong supaya merasa bahagia sepanjang berada di Terengganu selaras slogan kita Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Pun Baik-Baik," katanya.
-- BERNAMA