awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti

Bernama
Bernama
20/09/2024
23:45 MYT
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Mohamad Sabri berkata, ketetapan yang akan dibuat adalah mengikut prosedur berdasarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). - Gambar Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, ketetapan yang akan dibuat adalah mengikut prosedur berdasarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
"Biasanya MKI akan putuskan bahawa (sesuatu) ajaran sesat dan selepas itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa berkenaan perkara tersebut.
"Di Terengganu setakat ini tiada aduan berhubung ajaran tersebut. Sekiranya ada aduan, kita akan bermuzakarah serta tunggu keputusan daripada MKI dan apabila ada bukti-bukti kukuh yang jelas barulah kita fatwakan ajaran dalam GISB itu sesat," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Mohamad Sabri berkata, meskipun tiada laporan berhubung ajaran tersebut di Terengganu, pihaknya tetap memandang serius gerakan GISB dan berpandangan semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani isu itu.
Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#GISB
#MKI
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan